dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

ENTERPRENEUR - KIDSVENTURE - Rakaman Webinar 22 (Operasi Perniagaan)

2 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 02 Ogos 2026, telah berlangsung Webinar ENTERPRENEUR - KIDSVENTURE - Rakaman Webinar 22 (Operasi Perniagaan). Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:30 pagi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai melahirkan lebih ramai usahawan cilik.

Sepanjang kelas ini berlangsung, Encik Mohd Fuad Roslizan menerangkan apa itu Operasi Perniagaan dari sudut umum seperti menyediakan peralatan perniagaan dan membersihkan kedai. Encik Fuad juga menerangkan ciri-ciri usahawan dan rutin usahawan yang baik seperti mencatat rekod jualan dan semak rekod jualan pada setiap hari. Encik Fuad memberi 5 rahsia Operasi Perniagaan yang baik iaitu, Bersih, Cepat, Jujur, Tersusun dan Bertanggungjawab. Pada akhir sesi, Encik Mohd Fuad Roslizan melakukan ikrar usahawan cilik bersama-sama para peserta supaya mereka akan lebih bertanggungjawab dan bersemangat menjadi usahawan cilik yang berjaya.

Dengan adanya program seperti ini, dapat memberi pengetahuan kepada peserta mengenai Operasi Perniagaan dari sudut kanak-kanak serta membina hubungan baik diantara staf NADI dan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.